suria

Anak ditampar Will Smith, ibu akhirnya bersuara... Bangga Chris Rock berjaya kawal situasi memalukan

Ibu Chris turut terkesan dengan insiden anaknya ditampar Will Smith.

SELEPAS lama mendiamkan diri, akhirnya ibu kepada pelawak Chris Rock iaitu Rose membuka mulut mengenai insiden anaknya ditampar oleh pelakon Will Smith di pentas Anugerah Oscar pada Mac lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, Rose memberitahu dia dan seluruh keluarga terkesan dengan tindakan Will terhadap Chris.

Malah wanita berusia 77 tahun itu turut menganggap Will seperti menyakiti dirinya juga.

"Saya beritahu seseorang, bila Will tampar Chris, dia seperti menampar kami semua, tapi dia benar-benar seperti menampar saya.

"Bila anda menyakiti anak saya, ia seperti menyakiti saya juga," katanya.

Chris 1

Tindakan Wil menampar Chris mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun, Rose tetap berbangga dengan cara anaknya dapat mengawal situasi yang berlaku di pentas anugerah berprestij itu yang bersiaran secara langsung.

Sebelum ini, Will Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock ketika siaran langsung Anugerah Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak.

Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut.

Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock menerusi laman Instagram miliknya dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain