suria

Seminggu selepas pembedahan buang batu hempedu, Maia Estianty sudah boleh berjalan tapi dilarang buat aktiviti lasak

Maia tidak boleh makan makanan berminyak.

SEMINGGU selepas menjalani pembedahan buang batu dalam hempedu, penyanyi Maia Estianty meluahkan rasa syukur jahitan dan lukanya kini semakin baik.

Maia menerusi laman Instagram memberitahu dia sudah boleh melakukan aktiviti seperti berjalan-jalan namun disarankan untuk tidak terlalu lasak.

ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty selamat jalani pembedahan buang batu dalam hempedu... Syukur ahli keluarga dapat berkumpul di hospital

Malah, Maia juga perlu menjaga permakanannya seperti melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menggelakkan makan makanan berminyak.

"Hari ini adalah hari ketujuh (Jumaat) selepas pembedahan membuang batu dalam hempedu. Jahitan dalam keadaan baik dan luka pun bersih... Alhamdulillah.

"Katanya sudah boleh berjalan-berjalan. Tapi masih tidak dibenarkan untuk angkat beban yang berat dan senaman yang boleh pun hanya jalan kaki saja.

Maia bersama anaknya, Ahmad Al Ghazali.

Maia bersama anaknya, Al Ghazali.

"Itupun tak boleh jalan laju-laju. Senaman menggunakan perut masih kena tunggu sebulan baik. Selain itu, kena jaga makan. Lebihkan sayur dan buah.

"Kalau dulu saya paling tak suka makan sayur. Nasib masih suka makan buah. Masak makanan pun tanpa minyak dan ayam kena makan bahagian dada tanpa kulit," katanya.

Maia selamat menjalani pembedahan tersebut pada 23 April lalu di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, Maia Estianty menjalani rawatan di Instalasi Gawat Darurat (IGD) akibat penyakit pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

Menerusi satu perkongsian video, Maia berkata doktor memaklumkan kepadanya bahawa terdapat batu dalam hempedu yang membuatkan penyakit GERD yang dialami sukar untuk sembuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain