SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri dimanfaatkan sebaik mungkin buat pengacara Raffi Ahmad untuk bertemu saudara-mara yang tinggal berjauhan. Menurut Raffi, tahun ini dia akan beraya di tiga daerah berbeza dalam masa satu hari bagi mengeratkan silaturrahim antara keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad nak jadi ustaz pada usia 40 tahun, akan ke Mesir untuk dalami ilmu agama “Hari raya tahun ini saya bersama isteri dan anak-anak akan pergi ke Bandung dan juga Yogkarta. “Solat sunat Aidilfitri di Bandung kemudian ke Yogjarkta dan malamnya akan pulang semula ke Jakarta,” ujarnya seperti yang dipetik dari Detik Hot. Melupakan seketika hal berkaitan kerja, Raffi juga mengambil cuti selama lima hari bermula raya pertama kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga. “Hari raya ini saya mahu cuti, tidak kerja... hari keenam saya akan ke Padang untuk pembukaan sebuah restoran,” jelasnya. Untuk rekod, Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita Slavina pada Oktober 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad dan Rayyanza Malik Ahmad. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI