suria

Ashanty dan keluarga sambut raya di Singapura, beli tiket 'flight' sebelum pandemik Covid-19

Ashanty sekeluarga menyambut hari raya di Singapura.

ISTERI kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Ashanty melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk menyambut hari raya Aidilfitri di Singapura tercapai.

Gembira tidak perlu lagi jalani kuarantin, Ashanty berkata dia dan keluarganya sudah berangkat ke Singapura pada sehari sebelum hari raya.

Selain menyambut hari raya di sana, Ashanty juga bakal bertemu dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatannya.

"Ya, saya sambut lebaran di Singapura. Alhamdulillah, setelah sekian lama baru boleh pergi lagi dan tidak perlu lagi untuk jalani kuarantin.

"Selain menyambut hari raya Aidilfitri, saya juga mahu bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan," kata Ashanty.

Ashanty 1

Aurel dan suaminya, Atta turut sambut Aidilfitri di Singapura.

Dalam pada itu, Ashanty memberitahu dia sebenarnya sudah membeli tiket penerbangan ke Singapura empat bulan sebelum pandemik Covid-19 terjadi.

Malah, tiket untuk Aurel Hermansyah juga sudah dibeli sebelum penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan YouTuber Indonesia terkenal iaitu Atta Halilintar.

"Sebenarnya saya sudah membeli tiket sekitar empat bulan sebelum pandemik berlaku. Kena tunggu Singapura buka, barulah boleh pergi.

"Ikut tiket untuk semua ahli keluarga termasuk Aurel yang ketika itu belum berkahwin. Tak nak tiket membazir, suami Aurel pun ikut sekali," ujarnya.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain