SELEPAS dipanggil bagi menjalani siasatan berhubungan kes penipuan wang atas talian oleh DNA Pro, penyanyi Datuk Rossa menjelaskan dirinya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti syarikat tersebut. Menurut Rossa dia menerima wang dari syarikat tersebut hanya sebagai bayaran membuat persembahan dalam satu majlis yang berlangsung pada Disember tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Rossa dipanggil beri keterangan, terkait kes pelaburan haram “Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya penyanyi jemputan sahaja. “Sebagai penyanyi saya datang 30 minit sebelum membuat persembahan dan bilik persalinan saya jauh dari tempat acara. Jadi saya tidak tahu apa yang berlaku dalam majlis tersebut. “Selepas membuat persembahan, saya terus pulang,” katanya seperti yang dipetik dari Kapan Lagi. Rossa hadir memberi keterangan kepada pihak berkuasa di Indonesia pada 21 April lalu dan dia diberi layanan baik sepanjang menjalani soal siasat. Dalam masa sama, Rossa memberitahu wang bayaran yang diterima berjumlah kira-kira RM50,000 tidak akan dikembalikan atau disita oleh pihak berkuasa. “Saya telah diberitahu memang kontrak membuat persembahan tidak salah dan tiada tujuan untuk mempromosikan syarikat tersebut. “Saya diminta tidak menyerahkan wang tersebut untuk disita,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI