suria

Belajar kesilapan lalu, Mashanda cari pasangan yang sentiasa berusaha baiki hubungan

Mashanda memilih pasangan hidup.

SEJAK bercerai dengan bekas suami Ben Kasyafani pada 2014, Marshanda sehingga kini masih belum merancang untuk kembali berumah tangga.

Biarpun seronok banyak meluangkan masa bersama anaknya Sienna Ameerah, namun pemilik nama Andriani Marshanda ini juga mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan hidup.

Marshanda memberitahu dia mahu seorang pasangan yang sentiasa mahu berusaha dalam perhubungan biarpun mereka sudah berkahwin.

"Cuma ada satu kriteria yang saya nak untuk pasangan hidup sekarang dan masa kelak. Saya mencari orang yang memahami tentang 'bekerja keras untuk sebuah hubungan'.

"Orang yang rendah hati untuk belajar bersama-sama dalam perhubungan. Sentiasa sama-sama memperbaiki diri. Kerana ada orang yang tak faham konsep itu.

"Fikir kalau sudah nikah, yang penting saya sampai mati dengan dia. Jadi, tak payah nak berusaha lagi. Salah tu!" katanya.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain