suria

Dipuji semakin langsing, Richa Chadha kongsi rahsia sebenar... Lebih suka bentuk badan lama

Foto terbaharu Richa yang kini kelihatan lebih langsing.

PERUBAHAN bentuk badan pelakon Richa Chadha yang kini kelihatan lebih langsing menarik perhatian peminat yang ingin mengetahui rahsia kecantikan wanita itu.

Berkongsi pengalaman menurunkan berat badan, Chadha mengakui biarpun dia sebenarnya lebih gembira dengan bentuk badannya sebelum ini namun kini memilih untuk hidup secara sihat.

Menurut Chadha, dia hanya memerlukan penjagaan dari segi kualiti tidur, pergerakan dan senaman selain berehat dengan cukup untuk sentiasa dalam keadaan sihat.

"Sebenarnya saya cukup gembira dengan saiz saya sebelum ini. Saya mahu menjadi lebih sihat, secara keseluruhan. Saya mahu kualiti tidur, pergerakan, senaman dan mobiliti saya bertambah baik.

"Terlalu banyak bersenam boleh merosakkan bahagian dalam anda dan menjadi tidak produktif terhadap usaha anda. Rehat adalah sangat penting tetapi dianggap remeh.

"Untuk menangani perkara yang tidak berada dalam kawalan kita perlu mengikuti beberapa peraturan asas untuk kesihatan supaya kita boleh bersedia untuk masa kelak," kongsinya.

Sumber - Hindustantimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain