suria

Prilly Latuconsina dipuji semakin cantik, seiras Selena Gomez

Prilly kongsi rahsia kecantikannya.

DIKENALI sebagai salah seorang aktres tercantik dalam kalangan generasinya, foto dan video Prilly Latuconsina sentiasa menarik perhatian peminatnya.

Memetik laporan Liputan6, Prilly memberitahu dia sentiasa tertarik untuk mencari produk yang terbaik untuk penjagaan kulit.

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Rasuk 2, mempunyai kulit yang sihat merupakan rahsia kecantikannya selain penjagaan rambut.

"Saya selalu tertarik mencari produk yang benar-benar mengikut jenis kulit. Selain menjaga rambut, rahsia kecantikan adalah mempunyai kulit yang sihat," ujarnya.

Malah rata-rata peminat juga melihat wajah pelakon berusia 25 tahun itu mirip penyanyi antarabangsa Selena Gomez.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain