MAHU mencabar diri, pelakon Ajay Devgn hanya akan mengarah filem yang tidak mudah untuk dilakukan seperti dua karya berjudul Shivaay atau Runway 34. Menurut suami kepada Kajol itu, dia lebih memilih sebuah karya yang memberi inspirasi kepada dirinya. "Saya sentiasa cuba mengarah filem yang tidak mudah dibuat, secara teknikal, sama ada Shivaay atau Runway 34. Saya suka filem yang mencabar saya semasa pembikinannya. "Jika ada cerita yang memberi inspirasi kepada saya sehingga rasa ingin menceritakannya sendiri, barulah saya mengarahkannya, jika tidak, tiada gunanya," kata Ajay. Dalam pada itu, Ajay turut memberitahu dia mahu mencuba mengarah pelbagai genre termasuklah filem yang berskala kecil. "Tidak ada perancangan untuk mengarahkan genre yang berbeza kerana tidak ada daya tarikan untuk mana-mana genre tertentu. Saya ingin mencuba pelbagai perkara. "Saya akan mengarahkan filem berskala kecil, suatu hari nanti. Saya fikir 'Ajay Devgn' bukan sahaja bermaksud untuk filem besar," ujarnya. Sumber - Hindustantimes Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI