suria

Nam Joo Hyuk tertekan berlakon, mahu penonton rasai emosi

Joo Hyuk tertekan nak hidupkan watak dalam lakonan.

PELAKON Nam Joo Hyuk mengakui berdepan dengan masalah tekanan dalam diri sendiri untuk memastikan dia berjaya membawa watak yang diberikan dengan baik.

Menurut Joo Hyuk walaupun dia sentiasa merasa seronok ketika di lokasi penggambaran, namun sentiasa memikirkan soal babak lakonannya apabila di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi pengalaman zaman kanak-kanak, Nam Joo Hyuk mengaku selalu luah perasaan kepada gadis yang disukai

“Saya mudah rasa tertekan apabila hendak berlakon kerana mahu menjayakan sesuatu watak itu sekurang-kurang 80 peratus mengikut skrip yang telah ditulis.

“Saya sentiasa rasa seronok ketika penggambaran namun apabila di rumah saya akan terfikir tentang perjalanan dalam kerjaya lakonan.

“Tidak kiralah babak yang penuh emosi atau tenang, ia sangat sukar. Saya akan berbincang dengan pengarah dan pelakon lain untuk mencari jalan penyelesaian,” ujarnya seperti yang dipetik dari Soompi.

Dalam masa sama, Joo Hyuk sentiasa mahukan lakonannya nampak natural dan tidak keterlaluan supaya penonton dapat merasai emosi sebenar yang ingin disampaikan.

“Saya mahu setiap watak nampak natural seperti air yang mengalir supaya penonton boleh merasainya.

“Saya sentiasa berfikir supaya tidak keterlaluan dan mahu menjadikan watak itu seperti kehidupan sebenar yang kita lalui,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Nam Joo Hyuk, Pelakon Korea,

Artikel Lain