INSIDEN ditampar pelakon Will Smitt ketika siaran langsung Anugerah Oscar pada Mac lalu boleh dikatakan membawa tuah kepada pelawak Chris Rock. Memetik laporan Hollywoodlife, kemungkinan besar Chris Rock akan dipilih menjadi pengacara untuk malam anugerah berprestij itu pada tahun hadapan. Menurut President hiburan ABC, biarpun kontroversi itu mengaburi perkara yang baik di malam anugerah itu namun ia mendapat sambutan yang luar biasa dari tahun sebelum ini. "Penilaian saya terhadap Oscar ialah ia benar-benar tahun yang berjaya untuk anugerah itu. Jelas sekali terdapat banyak kontroversi sehingga perkara positif tidak kelihatan. "Tapi saya sangat gembira dengan program itu. Malah sebelum insiden yang sangat malang itu, anugerah itu bermula dari tahun ke tahun, dan kami kembali dengan cara yang besar," katanya. Sebelum ini, Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Rock ketika siaran langsung Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak. Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut. Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Rock menerusi laman Instagram dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI