HERO filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings iaitu Simu Lui mendedahkan dia pernah melalui fasa trauma ketika zaman kanak-kanak. Menurut Simu Lui, dia tidak biasa dengan kehidupan baharu ketika berpindah ke Kanada bersama ibu bapanya semasa berusia empat tahun. Pelakon itu memberitahu dia tidak mendapat perhatian sepenuhnya oleh ibu bapanya berbeza di bawah jagaan datuk dan nenek di China. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon The Flash, Ezra Miller ditahan lagi, kali ini sebab mengamuk tiba-tiba "Saya rasakan mereka tidak memberi satu kehidupan yang sama seperti datuk dan nenek. "Saya juga pernah terfikir memiliki ibu bapa yang paling teruk di dunia. Saya rasa terpinggir dan tidak ada sesiapa yang memahami apa yang dilalui di rumah," katanya seperti yang dipetik dari People. Simu Lui juga pernah memberontak gara-gara dimarahi kerana mendapat keputusan kurang cemerlang ketika di bangku sekolah. Bagaimanapun hubungan Simu Lui dan kedua ibu bapanya kembali jernih apabila dia menulis sepucuk surat luahan hati semasa sambutan ulang tahun ke-60 ibunya. "Itulah pertama kali kami bercakap tentang isu tersebut. Sebagai manusia kami mengakui segala kesilapan. "Kami juga berjanji akan menjadi lebih baik di masa akan datang," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI