PENGUMUMAN pertunangan penyanyi Marc Anthony dengan pemenang Miss Universe Paraguay 2021, Nadia Ferreira menjadi perbualan netizen disebabkan perbezaan usia mereka 30 tahun. Selain soal usia, peminat juga kembali berbicara mengenai bekas isteri Marc yang juga bintang popular Hollywood, Jennifer Lopez. Imej yang mengundang kontroversi itu diungkit semula ketika Marc mencacah tatu pada jarinya yang melambangkan cincin perkahwinan ketika mengahwini Jennifer Lopez pada 2004. Itu bukan satu-satunya tatu yang dicacah demi Jennifer, Marc juga pernah mencacah tatu nama Jennifer di pergelangan tangannya. Bagaimanapun selepas berpisah, penyanyi My Baby You itu cuba menutup tatu itu dengan rekaan lain. Marc, 53, dan Nadia, 23, mulai berpacaran sejak tiga bulan lalu sebelum akhirnya mengesahkan hubungan mereka menerusi hantaran di Instagram. Perkongsian Nadia di Instastory. Nadia turut berkongsi sekeping foto di Instastory sambil berpegangan tangan dan menayangkan sebentuk cincin pertunangan mereka. "Engagement party!" tulis Nadia. Cincin yang berwarna hijau zamrud yang bertatah dua batu permata rekaan Mike Fried itu dianggarkan bernilai lebih daripada setengah juta dolar (RM2.1 juta). Terdahulu, Marc dan Nadia meluangkan masa bersama-sama kenalan mereka sambil bercuti di Miami. Untuk rekod, Marc pernah bersama Miss Universe Puerto Rico 1993, Dayanara Torres, Jennifer Lopez dan model Venezuela, Shannon de Lima. Menerusi perkahwinan bersama Dayanara pada 2000, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Cristian Marcus Muñiz, 21, dan Ryan Adrian Muñiz, 19. Bersama dengan JLo, mereka dikurniakan kembar Maximilian David Muñiz dan Emme Maribel Muñiz yang kini berusia 14 tahun. Pada 1994, Marc dan pasangannya, Debbie Rosado menimang cahaya mata sulung, Ariana yang kini berusia 28 tahun dan mengambil anak angkat lelaki Chase setahun kemudian. Sumber - People Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI