FILEM seram Indonesia KKN di Desa Penari meraih kejayaan luar biasa di bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia dan Singapura. Filem ini mendapat perhatian selepas didakwa ia adalah kisah benar daripada bebenang Twitter yang diceritakan oleh akaun @simpleman sekitar tahun 2019. Kisah tersebut dikatakan kisah benar yang terjadi kepada enam pelajar yang sedang menjalani tugasan universiti di sebuah perkampungan pada tahun 2009. KKN di Desa penari-Horror Story-@bacahorror #bacahorror pic.twitter.com/QM0zY8m9rj — SimpleMan (@SimpleM81378523) June 24, 2019 Enam pelajar itu adalah Ayu, Nur, Widya, Wahyu, Bima, dan Anton. Desa yang dipilih pelajar itu ternyata menyimpan banyak misteri sehingga mereka harus mematuhi arahan. Pelajar tersebut kemudian mengalami pelbagai kejadian seram kerana ada pelajar yang melanggar peraturan. Bagaimanapun, difahamkan lokasi sebenar latar cerita telah ditukar kepada nama Desa Penari. Sebelum ini cerita KKN di Desa Penari itu viral di media sosial pada tahun 2019 hingga trending. Kemudian, MD Pictures tartarik untuk memfilemkan cerita berkenaan yang akhirnya dibintangi Tissa Biani sebagai Nur, Adinda Thomas sebagai Widya, Aghniny Haque sebagai Ayu, Ahmad Megantara sebagai Bima, serta Calvin Jeremy sebagai Anton. Filem yang diarahkan oleh Awj Suryadi ini pada awalnya dirancang untuk ditayangkan pada Mac 2020 namun tertunda kerana pandemik Covid-19. - KOMPAS Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI