suria

Dikecam sindir isteri Justin Bieber, Selena Gomez mohon maaf secara terbuka

Selena didakwa memerli Hailey dalam sebuah video di TikTok.

GARA-GARA didakwa memerli isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu model Hailey Baldwin di TikTok, penyanyi Selena Gomez tampil memohon maaf secara terbuka.

Memetik laporan Popbuzz, biarpun tidak mengetahui apa kesilapannya namun Selena tetap membuat permohonan maaf di laman Twitter.

Menurut penyanyi lagu Love You Like A Love Song itu turut menegaskan dia tidak pernah berniat jahat dan mengambil keputusan untuk memadam video tersebut.

"Ini sebab saya percaya menjaga kesihatan mental anda adalah penting. Saya tidak tahu apa yang saya lakukan tapi saya mohon maaf.

"Tiada niat jahat. Akan padam (video) tidak lama lagi," kata Selena menerusi laman Twitter miliknya.

Sebelum ini, video Selena sedang bersolek mengundang kecaman netizen yang menganggap penyanyi itu seakan-akan meniru gaya Hailey memakai produk kulit.

Biarpun Selena tidak menyebut nama isteri bekas kekasihnya itu namun netizen mendakwa video itu seperti memerli Hailey.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain