suria

[VIDEO] Cinta Laura kena marah dengan ibu gara-gara pakai seluar dalam berlubang

Cinta Laura bersama ibunya.

RAKAMAN temu bual pelakon Cinta Laura semasa menjadi tetamu program TS Media pada April lalu kembali menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Dalam video yang tular itu, Cinta Laura berkongsi cerita dimarahi oleh ibunya iaitu Herdiana Kiehl kerana memakai seluar dalam sudah berlubang.

"Terlalu banyak infomasi ya, mungkin ini tak patut dikongsi tetapi apa-apa sahaja la. Sekarang kamu semua sudah tahu.

"Mama saya orangnya tak tahu apa itu hal peribadi. Dia tinggal di Bali, tapi bulan lalu dia di Jakarta. Dia buka almari pakaian saya dan melihat baju yang ada.

"Kemudian mama saya macam... Cinta, kenapa ini? Kamu harus beli seluar dalam baru. Ini sudah berlubang. Lalu dia masukkan dua seluar dalam miliknya ke dalam almari saya," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL CINTA LAURA INI!

Gara-gara hal itu, ibunya segera mengajaknya ke pusat membeli belah bagi membeli pakaian dalam baharu.

Dalam pada itu, Cinta Laura turut mengakui kali terakhir dia membeli pakaian dalam adalah pada tahun 2019.

Rakaman video temu bual yang tular itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan disiarkan semula oleh pelbagai akaun gosip.

SUMBER: WowKeren

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain