BAPA kepada penyanyi Rizky Febian iaitu pelawak Sule menafikan gosip pertunangan anaknya itu yang heboh diperkatakan. Menurut Sule, gambar Rizky bertemu keluarga kekasihnya, pelakon Mahalini di Bali, Indonesia baru-baru ini hanyalah sekadar memenuhi undangan majlis keluarga pelakon berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Cinta beza agama Rizky Febian dan Mahalini Raharja, Sule restu tapi dengan syarat jika mahu berkahwin Dalam masa sama, Sule juga berharap tidak timbul sebarang spekulasi sebegitu apabila melihat Rizky menghadiahkan cincin kepada Mahalini kerana itu sudah menjadi kebiasaan anaknya. "Iky (Rizky) hanya menghadiri majlis kesyukuran keluarga Mahalini tetapi dikatakan sudah bertunang. Cerita itu hanya disensasikan media sahaja. Saya sudah banyak pengalaman begitu, jadi sudah biasa. "Anak saya memang suka menghadiahkan cincin. Tak salah rasanya sekadar memberi hadiah. Sule bersama isteri dan anak-anaknya. "Mungkin itu sebagai satu cara Iky mengingatkan Mahalini bahawa mereka sedang bercinta. Tak perlu diperbesarkan hal ini," jelasnya seperti yang dipetik Kapan Lagi. Sementara itu, Sule juga sering berpesan kepada Rizky tentang batasan dalam bercinta dan cabaran yang mereka bakal hadapi kerana perbezaan agama. "Sebagai bapa saya tidak mahu dipersalahkan jika tidak memberi nasihat. Saya sudah memberitahu mereka batasan yang perlu dipatuhi. "Saya tidak mahu hadkan kebahagiaan anak. Lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti kerana saya yakin Tuhan telah merencanakan sebaiknya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI