suria

Kes saman Amber Heard masih berjalan, peminat pula syak Johnny Depp dan peguamnya bercinta

Peminat nampak Johnny Depp dan peguam Camille berbalas senyuman.

SEHINGGA kini kes perbicaraan antara pelakon terkenal Johnny Depp dan bekas isterinya iaitu aktres Amber Heard masih berjalan di Mahkamah Fairfox, Virgina.

Namun apa yang menarik perhatian peminat iaitu hubungan Depp dengan salah seorang peguam yang mewakilinya iaitu Camille Vasquez.

Peminat mula membuat spekulasi bahawa pelakon filem Pirates of the Caribbean itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan peguamnya itu.

Menerusi video di aplikasi Tiktok, peminat membuat teori mengenai hubungan cinta itu selepas membaca bahasa badan Depp dengan peguam wanita itu.

Malah, dalam video itu juga terdapat satu klip yang memperlihatkan Depp dan Camille membalas senyuman ketika meninggalkan mahkamah.

Peminat syak Johnny Depp sedang bercinta dengan peguam Camille.Johnny disyaki bercinta dengan peguamnya, Camille.

Bagaimanapun sumber terdekat Camille tampil menafikan mereka berdua mempunyai hubungan cinta malah menegaskan peguam itu sudah mempunyai teman lelaki.

Konflik antara Depp dan Heard bermula selepas aktres itu mendakwa dikasari dan dipukul oleh bekas suaminya itu ketika mereka masih berkahwin.

Gara-gara pendedahan itu, karier seni Depp menjadi malap namun selepas enam tahun akhirnya dia berani memfailkan saman terhadap Heard untuk membersihkan namanya.

Untuk rekod, Depp mendirikan rumah tangga dengan Heard pada 2015 namun mereka berpisah sekitar 2017.

Sumber - Hollywoodlife

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain