suria

Doddy Sudrajat buat rayuan hak penjagaan, Haji Faisal minta pulangkan wang insurans cucu

Doddy (kiri) mahu buat rayuan tuntut hak penjagaan cucu.

PERTELINGKAHAN antara Doddy Sudrajat dan Haji Faisal berhubung hak penjagaan cucu yang merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah bagaikan tidak pernah berakhir.

Meskipun mahkamah telah memutuskan bahawa, Gala Sky Andriansyah kini adalah di bawah jagaan bapa kepada Bibi, namun Doddy dikatakan mahu membuat rayuan.

Bagaimanapun bekas isteri Doddy iaitu Puput seakan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana menganggap Doddy bukanlah seorang bapa yang bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 bulan berjuang, hak jagaan anak Vanessa Angel akhirnya diserah kepada bapa mentua, Haji Faisal

"Jangan mimpi untuk menang rayuan. Anak sendiri tidak pernah dihiraukan sebab memang sudah biasa mengabaikan tanggungjawab," jelasnya dalam satu sesi live di laman Instagram.

Sementara itu, bapa kepada Bibi pula menuntut bayaran wang insurans kematian yang diterima Doddy yang dikatakan sebahagiannya adalah hak Gala.

haji faisal

Faisal menang dalam tuntutan hak penjagaan Gala.

"Mana duitnya kalau sudah diterima? Ada hak cucu saya di situ.

"Jangan main-main. Kita punya agama, ini ketentuan agama. Jadi apa yang sudah digariskan harus dipatuhi," ujarnya.

Vanessa dan Bibi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 November lalu.

Pasangan ini yang berkahwin pada Januari 2020 mempunyai seorang anak iaitu Gala Sky yang kini berusia 2 tahun. -SUARA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain