GARA-GARA lama menetap di Malaysia sejak pandemik Covid 19, keluarga YouTuber sensasi Atta Halilintar didakwa mengikut ajaran sesat, Darul Arqam. Khabar angin itu disebabkan orang tua selebriti itu masih belum merancang untuk pulang ke negara mereka biarpun pandemik sudah berakhir. ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar didakwa tempah satu tingkat bangunan hospital sambut anak pertama Malah beberapa posting memperlihatkan keluarga Gen Halilintar mengadakan pertemuan di luar negeri. Enggan berdiam diri, suami kepada Aurel Hermansyah ini tampil menafikan khabar angin tersebut. Netizen menuduh keluarga Atta mengikut ajaran sesat di Malaysia. "Kalau tentang itu saya tidak tahu kerana dari kecil yang diajar dengan perkara yang baik-baik," "Mengasihi orang, mengasihi keluarga, orang tua, budi pekerti dan etika dalam hidup. Tak tahu ajaran yang tidak baik itu dari mana," ujarnya menerusi YouTube Intens Investigasi. Sementara itu, bercakap tentang keluarga yang belum bertemu anak sulungnya Ameena, Atta berkata mereka masih belum ada masa yang sesuai. Katanya dia masih mencari waktu yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga besar mereka. Keluarga Gen Halilintar memang sudah lama meninggalkan Indonesia. Setidaknya sejak pandemi virus Covid-19 muncul di 2020. Untuk rekod, Pergerakan Al-Arqam diasaskan Ashaari pada 1968 telah diharamkan kerajaan Malaysia pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng. - Suara.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI