GOSIP cinta antara pelakon Kwon Ah Reum Doyoung yang merupakan anggota kumpulan NCT seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini adalah tidak benar. Perkara tersebut disahkan oleh agensi yang mewakili Kwon A Reum, SWMP, yang turut memberitahu tindakan undang-undang bakal diambil terhadap penyebar berita palsu. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi berita bakal jadi isteri Hwang Ji Seon, Hoon (U-Kiss) bimbang peminat kecewa "Pertamanya sekali kami ingin jelaskan berita yang tersebar tentang Kwon Ah Reum baru-baru ini adalah tidak benar. "Kami tidak akan ambil mudah berkaitan isu yang dianggap sebagai menyerang peribadi, penyebaran maklumat palsu, fitnah dan sebagainya. "Kami sedang mengumpul maklumat menerusi pemantauan berterusan, dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menulis cerita tidak benar dan berkongsi berita palsu," jelas satu kenyataan seperti yang dipetik dari Soompi. Cerita tentang hubungan Kwon Ah Reum dan Doyoung mula diperkatakan selepas kedua-duanya terlibat sama dalam drama berjudul To Ex Who Doesn't Love Me. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI