suria

Membesar di Selatan India, Deepika Padukone pernah bimbang tak diterima di Bollywood

Deepika antara pelakon Bollywood popular masa kini.

PELAKON Deepika Padukone mendedahkan dia pernah merasa bimbang jika namanya tidak diterima dalam industri Bollywood gara-gara pertuturannya yang menggunakan loghat Selatan India.

Deepika yang dibesarkan di daerah Bangalore, India juga tidak pernah terfikir akan akan terjun ke dunia seni kerana lahir dalam keluarga yang lebih cenderung memilih bidang sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone pernah diminta buat pembedahan implan payudara ketika usia 18 tahun

"Lahir dalam keluarga yang mempunyai latar belakang bidang sukan membuatkan saya tidak pernah terfikir untuk sertai dunia Bollywood.

"Saya juga bimbang bahasa saya tidak difahami dan industri seni tidak boleh menerima keadaan itu," katanya seperti yang dipetik dari Pinkvilla.

Isteri kepada aktor Ranveer Singh ini juga akui dirinya bukanlah seorang yang tipikal seperti kebanyakan warga India yang sering melihat perbandingan antara lelaki dan wanita.

"Saya melihat banyak perbezaan antara lelaki dan wanita dalam mana-mana aspek kehidupan. Namun saya merasakan tidak perlu membuat perbandingan.

"Saya bersama kakak tidak dibesarkan dengan cara sebegitu. Disebabkan itu kami harus mengejar impian sendiri dengan pemikiran yang berbeza.

"Segala cabaran harus saya tempuhi sendiri," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain