NAMA pelakon Refal Hady semakin menjadi sebutan ramai selepas dia membintangi drama berjudul Wedding Agreement. Bukan hanya watak Bian dalam drama tersebut menjadi sebutan ramai, malah kisah peribadi Refal juga mula menjadi perhatian peminat dan sering dikongsi di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Malu mengaku dah ada kekasih, pelakon Layangan Putus, Anya Geraldine biar peminat nilai sendiri di IG Refal bagaimanapun memberitahu sudah terbiasa dengan hal tersebut dan kebanyakan perkongsian menjejaskan dirinya. “Banyak video tentang saya yang dikongsi di TikTok. Ada video saya merokok dan menari. Semua cerita saya keluar. “Semuanya saya anggap biasa-biasa sahaja,” ujarnya. Dalam masa sama, ada juga dalam kalangan netizen yang suka ‘menjodohkan’ Refal dengan selebriti wanita lain. Mengakui dirinya masih solo, Refal berkongsi ciri-ciri wanita pilihannya. “Wanita itu harus pandai membiasakan diri, mahu belajar dan berakhlak,” jelasnya. -SUARA Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI