suria

Anak Aamir Khan kerap diserang sawan dan tak boleh tidur gara-gara anxiety

Ira berkongsi gambar dia selepas terkena serangan anxiety (kiri).

ANAK kepada pelakon Aamir Khan iaitu Ira Khan mendedahkan dirinya mengalami serangan anxiety dan dia perlu mendapatkan rawatan doktor kerana ia semakin kerap berlaku.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Ira menjelaskan perasaan yang dilaluinya tidak sama seperti serangan panik atau masalah anxiety biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk kejar populariti sehingga abaikan keluarga, Aamir Khan pernah pasang niat berhenti berlakon

“Saya memang ada masalah anxiety dan pernah diserang sawan sebelum ini, namun tidak pernah kena serangan anxiety sebegini.

“Apa yang saya tahu serangan anxiety mengalami simptom seperti kesukaran bernafas dan mahu menangis. Itu yang terjadi kepada saya.

“Ia sangat menakutkan dan doktor nasihatkan supaya saya mendapatkan rawatan kerana ia semakin kerap berlaku,” katanya.

Menurut Ira juga dia disebabkan serangan tersebut, dia sukar untuk tidur walau cuba pelbagai cara untuk tenangkan dirinya.

“Ia selalu terjadi pada waktu malam dan disebabkan itu saya sukar untuk tidur. Saya cuba kenal pasti perasaan takut, tenangkan diri namun tidak berjaya,” ujarnya.

Menerusi gambar yang dikongsi, Ira memakai baju tidur dan memberitahu baru sahaja selesai mandi kerana ia salah satu cara untuk tenangkan diri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain