suria

Kim Seon Ho kembali aktif IG selepas 7 bulan menyepi

Kim Seon Ho kembali aktif di IG selepas tujuh bulan.

TUJUH bulan menyepi, pelakon Kim Seon Ho akhirnya kembali aktif di laman Instagram dengan memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 tahun pada 8 Mei, Sabtu.

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Kim Seon Ho memohon maaf kerana membuatkan peminat berasa bimbang dengan keadaannya yang lama mendiamkan diri dari media sosial.

Pelakon drama Hometown Cha-Cha-Cha ini juga berterima kasih kepada peminat yang berterusan memberi ucapan hari lahir buatnya dan menghargai setiap sokongan daripada mereka.

"Saya minta maaf kerana saya telah membuat anda melalui masa yang sukar disebabkan kekurangan saya. Terima kasih kerana meraikan hari lahir saya tahun ini dan beri banyak ucapan hari lahir daripada yang sepatutnya saya terima.

"Saya akan mengingati perasaan berharga yang anda luahkan kepada saya, dan saya akan menjadi seorang pelakon yang boleh membalas sokongan dan dorongan anda," tulis Kim Seon Ho.

Pada Oktober tahun lalu, seorang wanita dipercayai bekas kekasih Kim Seon Ho memuat naik satu posting di Internet menuduh aktor itu memaksanya melakukan pengguguran ketika mereka bercinta.

Bagaimanapun Kim Seon Ho mengaku memaksa bekas kekasihnya untuk melakukan pengguguran dan meminta maaf secara terbuka kepada wanita itu dan peminatnya atas kecuaiannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain