suria

Dakwaan ‘unfollow’ IG kekasih tidak benar, Al Ghazali dah beli cincin nikah... Mahu cepat kahwin timang anak

Al Ghazali rancang kahwin pada usia 25 tahun.

ANAK kepada komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali menafikan dakwaan kononnya dia dan kekasih, Alyssa Daguise sudah berpisah seperti berita yang tular di media sosial.

Menurut Al Ghazali, 24, hubungan dia dengan Alyssa masih seperti biasa dan dia juga mendedahkan sudah mula membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali didakwa dah kahwin senyap-senyap... Ini komen Ahmad Dhani

"Hubungan kami masih baik. Kami masih follow di Instagram. Tetapi saya belum periksa kenapa ada yang mengatakan sedemikian.

"Sasaran untuk bernikah pada usia 25 tahun. Bagaimanaoun semua itu adalah ketentuan Allah. Saya ingin segera memiliki anak supaya beza umurnya nanti tidak jauh. Kami boleh jadi seperti sahabat dan bermain bola bersama.

"Cincin sudah siap dibeli, hanya mahu mencari rumah baharu sahaja sekarang ini," katanya seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

Sebelum ini, netizen mendakwa mereka sudah unfollow atau tidak mengikuti antara satu sama lain di laman Instagram.

Dalam pada itu, Al Ghazali turut menolak dakwaan mengatakan mereka sudah bernikah senyap-senyap seperti yang dikatakan sebelum ini.

"Jika sudah bernikah pasti saya akan maklumkan. Tidak mungkin saya rahsia pernikahan sendiri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain