suria

Britney Spears alami keguguran, mohon privasi sepanjang tempoh sukar

Britney dan Sam tetap akan terus cuba mendapatkan zuriat.

PENYANYI Britney Spears mengumumkan berita sedih bahawa dia mengalami keguguran ketika kandungan masih di peringkat awal.

Britney menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia dan pasangannya Sam Asghari kini melalui detik yang sukar serta dahsyat.

"Sangat menyedihkan apabila kami terpaksa mengumumkan bahawa kami sudah kehilangan bayi kami ketika dalam peringkat awal kehamilan.

"Ini adalah waktu yang dahsyat bagi mana-mana ibu bapa. Mungkin kami sepatutnya menunggu untuk mengumumkan sehingga kandungan sudah kuat.

"Tetapi kami terlalu teruja untuk berkongsi berita baik itu," katanya.

Pada 12 April lalu, Britney Spears memberi kejutan kepada 40 juta pengikut dalam Instagram miliknya apabila mengumumkan dia dan pasangannya Sam Asghari sedang menanti cahaya mata.

Mohon privasi buat masa kini, Britney berkata dia dan Sam tidak akan berputus asa untuk mencuba mendapatkan zuriat

"Cinta kami adalah kekuatan kami. Kami akan terus mencuba untuk mengembangkan lagi keluarga. Kami sangat bersyukur dengan sokongan anda.

"Kami mohon privasi sepanjang tempoh yang sukar ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain