SUSULAN kes didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, pelakon Kim Sae Ron menerusi agensinya Goldmedalist tampil memohon maaf. Dalam kenyataan tersebut juga, Sae Ron berjanji akan membaiki sebuah kemudahan awam yang rosak akibat kemalangan yang berlaku di daerah Cheogdam itu. “Kim Sae Ron memohon maaf secara ikhlas kepada semua pihak yang terlibat terutama mereka yang terpaksa memperbaiki kemudahan awam tersebut. Dia berjanji akan menggantikan semula segala kerosakan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon drama 'Secret Healer', Kim Sae Ron bakal didakwa pandu dalam keadaan mabuk “Kim Sae Ron dihantar pulang ke rumah selepas melakukan ujian darah dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan pihak polis. “Pihak agensi akan memastikan kejadian sebegini tidak akan berulang dan lebih berhati-hati. Kami memohon maaf atas apa yang berlaku,” ujar kenyataan tersebut. Ketika kejadian berlaku, pihak polis mahu menjalanan ujian darah bagi mengesan kandungan alkohol namun Sae Ron memohon agar ia dilakukan di hospital dan keputusan dijangka diperoleh dalam masa dua minggu. Sementara itu, Sae Ron dalam perkembangan lain telah menarik diri dari terlibat dalam sebuah drama baharu berjudul Trolley. “Agensi Kim Sae Ron menyatakan hasrat untuk menarik diri dan memohon maaf. Kami terima permintaan tersebut,” jelas satu sumber seperti yang dipetik dari Soompi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI