suria

Bakal timang anak perempuan, Ria Ricis mengidam nak mandi laut selepas bersalin

Ria dan suami teruja bakal timang anak perempuan.

USIA kandungan sudah mencecah tujuh bulan, YouTuber Indonesia terkenal iaitu Ria Ricis mengumumkan jantina bayi sulungnya menerusi acara ‘gender reveal’.

Memetik laporan Liputan6, adik kepada selebriti Oki Setiana Dewi ini berkata dia tidak kisah jantina bayinya asalkan mahu bercuti di pulau selepas bersalin.

"Lelaki atau perempuan, apa-apa pun selepas melahirkan, terus pergi bercuti di laut," kata Ria.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Ria memakai baju berwarna biru manakala suaminya Teuku Ryan pula memakai warna merah jambu dengan dikelilingi belon mengikut warna baju mereka.

Ria Ricis

Ria mahu bercuti di pulau selepas bersalin.

Jantina bayi diketahui sebaik saja mereka menarik tali kotak putih yang mengeluarkan banyak belon kecil warna merah jambu menggambarkan anak perempuan.

Ria yang terlalu gembira sehingga mengalir air mata mengatakan bayinya itu akan menjadi anak kesayangan suaminya.

Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan Teuku Ryan pada November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain