SELEPAS tıga bulan meninggal dunia, mayat Tangmonida akhirnya dikremasi pada Selasa, biarpun kematiannya masih menjadi tanda tanya. Seperti dipetik ThaiPBS, mayat Tangmo Nida dibakar di krematorium The Rangsit Methodist Church, daerah Pathum Thani, Thailand. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Tangmo Nida buat ‘live’ Facebook, netizen syak masih hidup tapi ada dakwa video lama Mayat Tangmo dibawa ke krematorium tersebut pada pukul 11 pagi dan ditempatkan sementara di gereja yang sudah didekorasi putih dan merah jambu yang juga warna kegemaran artis itu. Proses pembakaran itu dihadiri 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat terdekatnya. Abu mayat aktres itu diambil pihak keluarga pada Rabu. Kremasi mayat Tangmo ini sekaligus membatalkan permintaan autopsi lebih lanjut atas tubuh mendiang. Foto terakhir Tango Nida sebelum jatuh bot. Sebelum ini, mayat Tangmo menjalani dua kali bedah siasat. Kali pertama untuk siasatan polis, manakala kali kedua atas permitían ibunya. Menurut hasil autopsi kedua, terdapat 22 luka di kaki mayat. Namun tidak ditemukan gigi yang patah, tulang patah, atau luka di wajah juga di kepalanya. Dalam pada itu, acara itu turut menarik perhatian netizen apabila kekasih mendiang iaitu Bird membawa beberapa ekor kuling kesayangan Tangmo bagi memberi penghormatan terakhir. Bird kelihatan sedih dan menunjukkan wajah sepanjang berada di majlis tersebut. Selain Bird, pengurus mendiang iaitu Kratik hadir berseorangan dan mengelak bertemu media. Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu dan mayatnya ditemui dua hari kemudian. Selepas berbulan melakukan siasatan pihak polis memutuskan kematian tersebut berpunca kecuaian diri sendiri. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI