BERGANDINGAN lagi dalam drama siri berjudul My Lecturer My Husband musim kedua, ramai peminat mahu menjodohkan pelakon Reza Rahadian dengan aktres Prilly Latuconsina. Menganggap ia bukan satu masalah, Reza dengan tenang berkata semua orang mempunyai kebebasan untuk bercakap apa sahaja. Malah, pelakon berusia 35 tahun ini juga memberitahu dia tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan Prilly di masa hadapan. "Tak ada masalah, orang bebas untuk cakap apa saja. Apa-apa pun boleh terjadi, kita tak pernah tahu di masa hadapan macam mana," kata Reza. Ditanya mengenai pandangannya tentang Prilly, Reza memuji sikap aktres itu yang memberi inspirasi kepada wanita lain selain pandai, cantik dan mempunyai personaliti menarik. "Seorang yang mencabar, wanita muda, inspirasi, pandai, bekerja keras, cantik dan personalitinya juga sangat bagus. Saya suka seorang yang mempunyai personaliti profesional," ujarnya. Sumber - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI