PELAKON Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mengakui dia mempunyai perasaan takut terhadap anak perempuannya iaitu Suhana Khan ketika masih kecil. Menurut Shah Rukh Khan, Suhana ketika zaman kanak-kanak gemar memarahinya sekiranya melakukan sesuatu kerja pada waktu lewat malam di rumah. Kongsi Raja Bollywood ini, dia menjadi takut dengan anaknya itu yang mempunyai suara jeritan yang kuat. "Jika saya berjaga sehingga lewat malam di rumah, atau melakukan beberapa perkara, anak perempuan saya marah saya dengan tegas. "Saya jadi takut dengan dia bila dia menjerit marah. Walaupun dia kecil tapi suaranya sangat kuat," kongsi Shah Rukh Khan. Untuk rekod, Shah Rukh Khan berkahwin dengan Gauri Khan pada 1991 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suhana Khan, Aryan Khan serta AbRam Khan. Sumber - Hindustantimes Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI