suria

Masih rahsiakan status anak angkat, Dewi Perssik diminta foto ketika sedang hamil

Dewi Perssik belum jelaskan status sebenar anaknya.

TENANG dan berhemah. Itu cara penyanyi Dewi Perrsik menjawab pertanyaan anak angkatnya apabila diminta menunjukkan gambar sewaktu dirinya hamil.

Dalam satu siri podcast, Felice Gabriel, 14, yang merupakan anak angkat kepada Dewi meminta untuk melihat gambar-gambar tersebut, namun Perssik memberi alasan terbaik kerana dia belum menjelaskan status sebenar anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik berang dituduh 5 kali gugurkan kandungan, minta tukang fitnah tunjuk bukti!

“Ketika mula menjadi artis semua foto-foto sejak kecil diberikan kepada rakan-rakan wartawan. Mereka belum pulangkan semula.

“Sekarang semua gambar tersebut telah hilang.

“Ibu juga malu untuk menunjukkan gambar hamil kerana perut membesar. Tidak seperti trend sekarang ini,” jelasnya.

dewi perssik 2

Perssik bersama suami, Angga Wijaya.

Jawapan tersebut membuatkan ramai peminat kagum kerana Dewi berjaya menyembunyikan cerita sebenar dan dilihat pandai menjaga perasaan anaknya.

Felice merupakan anak angkat Perssik yang mula dia jaga sejak kanak-kanak itu berusia dua minggu.

Untuk rekod Perssik pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syaiful Jamil pada 2005 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Selepas itu dia berkahwin pula dengan Aldi Taher pada Julai 2008 namun hubungan mereka hanya bertahan selama satu tahun.

Perssik kini bahagia bersama suaminya iaitu Angga Wijaya yang dinikahi pada 2017. -LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain