suria

Susah menangis, Mahalini Raharja terpaksa imbau kenangan bersama mendiang ibu untuk dalami watak sedih

Mahalini akui sukar bawa watak sedih.

BARU berjinak-jinak dalam dunia lakonan, Mahalini Raharja akui dia mengalami kesukaran untuk menangis apabila mahu menjayakan babak sedih dalam filem.

Bagaimanapun bekas peserta Indonesian Idol ini mempunyai cara sendiri untuk dia mendalami watak sebegitu.

Kata Mahalini, dia akan mengambil masa untuk mendengar lagu-lagu yang akan mengingatkan dirinya tentang kenangan bersama mendiang ibu yang meninggal dunia pada Julai 2021 akibat jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nafi Rizky Febian sudah bertunang dengan kekasih beza agama... Beri cincin hanya tanda sedang bercinta

“Saya seorang yang susah menangis dan apabila diminta untuk berbuat demikian ketika berlakon ia adalah satu kesukaran.

“Jadi saya harus berfikir tentang perkara yang membuatkan saya sedih. Saya akan kenangkan ibu, mainkan lagu-lagu yang boleh membuatkan saya teringat kepadanya,” jelasnya seperti dipetik dari Liputan 6.

Kekasih kepada Rizky Febian ini juga mendedahkan bahawa ibunya orang yang sentiasa mahukan dia terjun ke dunia lakonan.

mahalini rizky

Mahalini bersama kekasihnya, Rizky.

“Ini adalah impian ibu untuk melihat saya berlakon. Sebelum meninggal dunia dia pernah katakan bahawa mahu menonton filem lakonan saya,” ujarnya.

Sementara itu lakonan Mahalini dalam filem terbaharu berjudul Kopi Pahit mendapat pujian pengarahnya iaitu Herwin Novianto.

“Dia mudah menerima apa sahaja ilmu dan diterjemahkan dengan baik. Semua berjalan dengan sempurna dan saya amat berpuas hati,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain