suria

Terlalu ikut jangkaan penonton, Arjun Kapoor menyesal gigih bekerja hingga abai kesihatan

Arjun kesal kerana terlalu mengikut kehendak peminat.

GARA-GARA terlalu banyak bekerja dan mahu mengikut jangkaan peminat, pelakon Arjun Kapoor akui dia pernah mengabaikan tahap kesihatan diri sendiri.

Kata Arjun dia mahu peminat melihat penampilannya sama seperti mana mula muncul dalam filem Ishaqzaade dan 2 States dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk kejar populariti sehingga abaikan keluarga, Aamir Khan pernah pasang niat berhenti berlakon

“Ketika awal penglibatan dalam dunia seni, saya dilihat sebagai seorang pelakon yang mempunyai bentuk badan menarik dan layak untuk berlakon filem.

“Saya mengambil banyak tawaran dan gigih bekerja sehingga mengabaikan kesihatan diri secara fizikal dan juga mental. Saya gagal menjaga diri sendiri.

“Saya terlalu memaksa diri saya ketika itu untuk memenuhi jangkaan penonton,” katanya seperti yang dipetik dari Pinkvilla.

arjun kapoor 1

Arjun kini lebih utamakan kesihatan diri.

Bagaimanapun pandemik Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini membuatkan Arjun sedar untuk lebih menghargai diri sendiri.

Minatnya dalam dunia lakonan semakin bertambah namun dalam masa sama dia akan sentiasa mengutamakan kepentingan diri sendiri.

“Apabila Covid-19 melanda, saya mula sedar bahawa selama ini saya tidak menjadi diri sendiri.

“Saya berjanji akan lebih mementingkan kesihatan dan menjaga diri sendiri. Saya sekarang ini bukanlah seperti ketika berusia 22 tahun dahulu.

“Saya mahu terus bekerja, berlakon dan menghiburkan orang,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain