suria

Doddy Sudrajat tak terima keputusan hak penjagaan cucu, Haji Faisal tetap mahu berbaik... Ajak jaga Gala Sky sama-sama

Haji Faisal mengajak bapa Vanessa sama-sama menjaga cucu.

BAPA kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat enggan menerima keputusan hak penjagaan cucunya iaitu Gala Sky diberikan kepada keluarga mentua anaknya, Haji Faisal.

Memetik laporan Liputan6, Haji Faisal bagaimanapun memilih untuk membiarkan saja kenyataan besannya itu kerana bimbang masyarakat muak dengan masalah keluarga yang tidak selesai.

Berharap dapat berbaik dengan besan, Haji Faisal juga berkata dia juga bersedia untuk menjaga cucunya bersama keluarga Doddy.

"Jangan sampai netizen dan masyarakat muak dengan persoalan ini sedangkan ia melibatkan mahu mendidik anak. Tujuan baik.

"Ini tujuan yang baik untuk menjaga seorang cucu yang masih kecil dan tidak mempunyai ibu bapa lagi. Masa untuk kita berbaik.

Haji Faisal

Haji Faisal dapat hak penjagaan cucunya, Gala Sky.

"Bagi saya, lebih baik kita menjaga bersama-sama. Keputusan ini hanya menjelaskan siapa yang akan bertanggungjawab terhadap anak kecil itu," katanya.

Perebutan hak antara Faisal dan bapa Vanessa, Doddy Sudrajat mendapat perhatian ramai kerana kedua-duanya saling berbalah menyatakan pendirian masing-masing.

Sementara itu Faisal juga berjanji mahu bersihkan semula nama baik cucunya itu selepas banyak cerita yang tidak benar diperkatakan sebelum ini

Selepas lima bulan berjuang di mahkamah, akhirnya hak penjagaan anak kepada Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah diserahkan kepada keluarga Haji Faisal.

Faisal yang merupakan bapa kepada Bibi meluahkan rasa syukur selepas keputusan tersebut dibacakan di Mahkamah Agama Jakarta Barat Indonesia pada 13 Aprli lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain