suria

Sanggup bogel dalam filem, Harry Styles letak kepercayaan kepada pengarah

Harry berbincang dengan pengarah dan pelakon sebelum melakukan adegan intim.

PENYANYI dan pelakon sensasi Harry Styles sanggup berbogel demi menjayakan watak dalam filem terbaharunya berjudul The Policeman.

Kata Harry, apabila dua pelakon mahu melakukan babak intim, pasti akan wujud perasaan kurang selesa namun kepercayaan antara dirinya dengan pengarah membuatkan dia berani berbuat sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles mula konsert jelajah bulan depan... syarat utama penonton wajib ambil vaksin Covid-19!

“Saya berbogel dalam filem The Policeman, namun hanya bahagian belakang sahaja yang ditunjukkan. Tidak perlu rasanya untuk menonjolkan alat sulit dalam filem ini.

“Perkara yang paling penting adalah kepercayaan di lokasi. Saya akan berbincang dengan orang orang keperluan untuk menjayakan babak tersebut.

“Tidak kiralah jika jurugambar dapat merakamkan babak yang baik sekalipun, namun jika merasa tidak selesa saya akan berhenti melakukannya.

“Ada masanya kita rasa kurang selesa ketika berlakon. Mempercayai pengarah sepenuhnya dapat membantu saya untuk menjayakan babak tersebut. Ia adalah satu pengalaman baharu buat saya,” jelasnya.

Dalam filem tersebut, bekas anggota kumpulan One Direction ini membawa watak seorang lelaki homoseksual yang berkahwin dan berhadapan dengan konflik rumah tangga kerana perasaan cintanya terhadap lelaki lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain