LAHIR dalam keluarga berpengaruh dan dikenali ramai tidak memberi jalan mudah buat penyanyi Noah Cyrus untuk memulakan langkah sebagai seorang anak seni. Adik kepada Miley Cyrus ini memberitahu dia membina jalan sendiri sejak mula melibatkan diri dalam industri muzik ketika berusia 16 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan rapat bimbang kehidupan Miley Cyrus selepas bercerai “Saya mahu beritahu bahawa saya memulakan langkah sendiri dalam bidang muzik. Saya lakukan semua tanpa bantuan orang lain. “Mungkin orang ramai tidak berfikir begitu tentang saya, namun itulah hakikat sebenar,” ujarnya. Dalam masa sama Noah, 22, juga berpendapat pengalaman yang ditempuhi sebelum ini menjadikan dia seorang yang lebih matang dan tahu untuk berhadapan dengan cabaran. “Saya melalui waktu sukar sebelum di mana ketika itu saya belum bersedia. Namun itulah yang saya tempuhi. “Menjadi artis rakaman pada usia 16 tahun memberi cabaran buat saya berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Itulah yang menjadikan saya lebih matang,” jelasnya. -PEOPLE Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI