suria

Segunung bukti pun masih tak cukup lawan pengaruh Johnny Depp - Amber Heard

Amber Heard kecewa kalah kes saman fitnah bekas suami.

AKTRES Amber Heard meluahkan rasa kecewa apabila juri memutuskan kemenangan buat bekas suaminya Johnny Depp pada Rabu.

Sedar dirinya kalah dalam kes saman fitnah itu, Amber mengakui dia patah hati dan tidak mampu untuk berkata apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard, dapat ganti rugi RM45 juta

"Saya kecewa dan patah hati kerana segunung bukti masih belum cukup untuk melawan kekuatan dan pengaruh yang tidak profesional daripada bekas suami saya," tulisnya seperti dipetik Variety.

Amber berkata, dia lebih kecewa apabila keputusan itu seolah-olah turut menafikan hak wanita lain yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dengan kekalahannya itu, Amber Heard berpendapat kes kekerasan terhadap wanita harus diperjuangkan dengan serius.

Pelakon filem Aquaman itu juga mendakwa pengacara Johnny Depp membuat juri mengabaikan masalah utama yang terkait kebebasan bersuara.

"Saya yakin peguam Johnny berjaya membuat juri mengabaikan masalah utama kebebasan bersuara," katanya.

Sedih dengan kekalahan itu, Amber berkata dia lebih kecewa hak bersuara wanita diketepikan.

"Saya seperti kehilangan hak yang saya fikir saya miliki sebagai warga Amerika untuk bercakap secara terbuka dan bebas," ujarnya.

Terdahulu, juri di sebuah mahkamah di Faifax, Virginia mendapati aktres Amber Heard membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.

Juri turut memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain