suria

12 tahun bergelar mualaf, Marcell Siahaan peluk Islam bukan kerana wang

Marcell pilih Islam selepas lalui banyak dugaan.

PENYANYI Indonesia Marcell Siahaan menganggap keputusannya memeluk Islam sejak 12 tahun lalu adalah sesuatu yang peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Pernah beberapa kali bertukar kepercayaan sebelum ini, Marcell menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengakuan mualafnya dengan niat tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Marcell Beri Kebebasan Anak Pilih Agama

"Saya tidak suka mendedahkan urusan peribadi. Bagi saya perjalanan spiritual ini adalah sangat peribadi dan untuk diri sendiri.

"Orang katakan saya mengaku mualaf untuk mencari wang. Itu adalah satu tanggapan yang negatif dan ia tidak benar.

"Sejak tahun 2012 saya sudah menjalani proses ini dengan perjalanan jatuh bangun bukanlah satu yang mudah," ujarnya seperti yang dipetik dari Suara.

marcell 2

Marcell peluk Islam selepas dua tahun bernikah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semusim ini juga memberitahu dia memilih Islam bukan kerana perkahwinannya dengan isteri iaitu pelakon Rima Melati yang dinikahi pada Januari 2009.

"Saya memeluk Islam selepas bernikah. Saya sudah belajar tentang Islam lebih awal dan betul-betul serius selepas dua tahun bernikah. Ketika berkahwin saya masih agama Buddha.

"Perjalanan dalam kehidupan membuatkan saya memilih Islam. Ia agak sulit untuk diceritakan tetapi hidup saya lebih ke arah Islam.

"Sejak kecil saya sudah belajar dengan perbezaan agama. Saya juga pernah menjadi seorang yang tidak mempercayai mana-mana agama," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Marcell Siahaan, Rima Melati

Artikel Lain