suria

Kubur ibu Vanessa Angel hampir diusir, Doddy Sudrajat didakwa tak mampu bayar sewa

Pupat Sudrajat tidak bersetuju untuk memindahkan kubur arwah Vanessa Angel.

BEKAS isteri Doddy Sudrajat iaitu Puput Sudrajat tidak setuju dengan rancangan lelaki itu untuk memindahkan kubur Allahyarham Vanessa Angel ke bersebelahan dengan pusara ibunya iaitu Allahyarham Lucy Maywati.

Menurut Puput, Doddy bukan seorang yang bertanggungjawab malah kubur Lucy diabaikan dan hampir diusir kerana tidak mampu membayar sewa kubur.

"Untuk apa pindahkan jenazah Vanessa ke sana. Dulu kubur Lucy pun hampir diusir kerana mengabaikan pembayaran sewa kubur," ujar Puput.

Untuk rekod, Doddy ingin memindahkan kubur Vanessa dari Tempat Pemakaman Umum (TPU) Malaka di Ulijami ke TPU Karet Bivak, Tanah Abang dan dimakamkan dalam satu liang lahad bersama arwah ibunya.

Menurut Puput lagi, petugas kubur pernah mencari Doddy untuk mempersoalkan isu tidak membayar sewa tanah kubur arwah isterinya.

Jenazah baru akan dikubur bertindih dengan kubur Lucy jika Doddy tidak melunaskan bayaran sewa yang tertunggak.

"Namun, petugas kubur tidak berhasil menemukannya walaupun sudah berkali-kali ke rumahnya.

Pembayaran sewa kubur Lucy diteruskan oleh Vanessa selepas dia keluar daripada penjara di Surabaya. - Okecelebrity

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain