suria

Pemuzik ditangkap kerana dadah, beri alasan ambil ubat terlarang untuk mudah tidur

Andrie mengaku ambil ubat secara terlarang.

PEMAIN gitar kumpulan Kahitna iaitu Andrie Bayuaji ditahan pihak polis pada Khamis kerana penyalahgunaan dadah jenis ubat valdimex diazepam.

Menurut wakil polis Jakarta Barat, Endra Zulpan, Andrie telah mengambil ubat jenis tersebut sejak 2017 hingga 2018 dengan preskripsi doktor namun pada tahun 2020 dia mula membeli secara atas talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pelakon Indonesia ditahan kerana dadah, polis jumpa ganja di rumah Ardhito Pramono

“Alasan yang diberikan adalah untuk berehat atau memudahkan tidur selepas terlibat dengan aktiviti seni.

“Dia mengaku mengambil ubat itu sejak 2020 hingga sekarang sebanyak 1212 kali dan ia selari dengan penemuan kami di mana Andrie membuat pembelian secara online.

“Kami menemui 45 butir ubat tersebut ketika Andrie ditahan di rumahnya,” jelas Endra seperti yang dipetik dari Kapan Lagi.

Penangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan berkaitan seorang pemuzik yang menggunakan ubat jenis tersebut secara terlarang.

Ketika ditangkap, Andrie sedang berehat di rumahnya di daerah Jakarta Selatan.

Ujian air kencing dilakukan selepas penangkapan dan Andrie didapati positif dadah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Andrie Bayuajie, Kahitna, Artis Dadah

Artikel Lain