suria

Lama berdiam diri, akhirnya Lee Seung Gi jawab dakwaan putus cinta... Sengaja kunci mulut bimbang kenyataan diputar belit

Lee Seung Gi jelaskan hubungan dengan Lee Da In masih baik.

PELAKON Lee Seung Gi akhirnya membuka mulut menafikan khabar angin mendakwa hubungan cintanya dengan Lee Da In sudah menemui noktah.

Dalam satu kenyataan, pelakon drama My Girlfriend Is A Gumiho ini memberitahu dia lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi sebelum ini kerana bimbang sebarang kenyataan akan lebih menimbulkan salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat sewa trak, bantah hubungan Lee Seung Gi dengan Lee Da In

"Sebab pertama saya tidak mengulas perkara ini ketika ia sedang diperkatakan adalah kerana percaya bahawa fikiran saya tidak akan disampaikan dengan jelas dengan kata-kata beremosi.

"Keduanya saya takut jika memberi sebarang kenyataan akan diputar belit dan khabar angin menjadi lebih teruk lagi.

"Saya harap anda semua boleh memahami kenapa saya berdiam selama ini walau banyak pihak yang meminta kepastian.

"Tiada apa yang berubah sejak kami mula bercinta dahulu. Saya tidak mahu komen lanjut tentang hal ini," katanya seperti yang diperti dari Soompi.

Pada Mei tahun lalu, agensi yang mewakili Seung Gi dan Da In mengesahkan kedua-dua mereka masih menjalinkan hubungan cinta.

Gosip ini menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan apabila tiada sebarang penafian daripada kedua-duanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lee Seung Gi, Lee Da In

Artikel Lain