suria

Gara-gara tak muat baju lima tahun lalu, Inul Daratista buat rawatan buang lemak

Inul kini kelihatan langsing di usia 43 tahun.

GARA-GARA pakaian lama tidak lagi muat, penyanyi dangdut Inul Daratista membuat lipolysis atau rawatan pelangsingan badan menggunakan sistem laser khas.

Sama seperti semua wanita, Inul juga mahu kelihatan cantik dan langsing biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun.

"Keinginan wanita itu banyak sangat, semua wanita ingin cantik, badan kelihatan menarik dan bagus. Jalan menyelesaiannya sangat tepat bila datang klinik untuk lipolysis.

"Seperti yang saya lakukan ini juga rawatan daripada doktor Hartono. Badan boleh jadi dalam keadaan baik tanpa perlu pengambilan ubat kurus.

"Saya buat rawatan itu sebab memikirkan baju. Bandingkan lima tahun lalu dengan sekarang. Apa lagi pereka fesyen sekarang kan mahal nak buat baju.

"Baju lama saya sudah tak muat. Jadi, saya berusaha untuk diet, senaman, tapi tetap baju tak muat sebab lengan besar. Saya pernah ambil suntikan," katanya.

Sekadar info, lipolysis merupakan rawatan yang menyingkirkan lemak degil pada bahagian tubuh dengan menggunakan laser - Kapanlagi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain