suria

Cecah usia 86 tahun, Julie Andrews pertimbangkan watak nenek dalam 'Princess Diaries 3'

Julie dan Anne dalam The Princess Diaries.

SUDAH pasti ramai peminat tidak sabar menantikan filem Princess Diaries 3 yang masih belum ada sebarang pengumuman mengenai pembikinan dan tayangan.

Bagaimanapun, pemegang watak nenek kepada Ratu Genovia iaitu Julie Andrew berkata dia masih belum ada kata putus untuk menyertai filem itu buat kali ketiga.

Menurut Julie, dia tidak tahu jika dirinya masih sesuai untuk memegang watak sebagai nenek memandangkan usia sudah mencecah 86 tahun.

"Saya tak tahu, saya rasa saya adalah satu-satunya. Mungkin dia (Anne Hathaway) masih okay, tapi saya terlalu tua untuk menjadi seorang nenek, saya tak tahu," katanya.

The Princess Diaries lakonan Anne Hathaway yang memegang watak sebagai Mia iaitu Ratu Genovia itu ditayangkan pada 2001 dan 2004.

Dalam pada itu, Julie memberitahu dia akan pertimbangkan jika jalan cerita filem tersebut menampilkan kelainan.

"Bergantung juga kepada jalan cerita dan kalau mereka boleh cipta sesuatu, ia akan menjadi lebih menarik, tapi kalau tidak, akan jadi lain," ujarnya - Hollywoodlife

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain