suria

[VIDEO] Justin Bieber lumpuh sebelah muka akibat diserang virus, terpaksa batalkan konsert terdekat

Keadaan wajah Justin yang alami lumpuh.

SELEPAS isteri hampir terkena strok sekitar Mac lalu, kini giliran penyanyi Justin Bieber pula mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus yang dikenali Ramsay Hunt syndrome.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.

ARTIKEL BERKAITAN: Hailey Baldwin hampir terkena strok ketika sarapan, ada ketulan darah beku di otak

Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

"Virus yang menyerang saraf di telinga saya dan saraf muka saya sehingga menyebabkan separuh muka saya menjadi lumpuh.

"Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya ini. Lubang hidung ini tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.

"Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, tidak mampu melakukannya," katanya.

Perkongsian Justin itu juga membuat ramai peminat terutama di Malaysia berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur Oktober depan akan turut terjejas.

Ini agak serius seperti yang anda lihat.

JUSTIN BIEBER

PENYANYI

Sebelum ini, isteri Justin iaitu model Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila dia mengalami simptom serangan strok pada Mac lalu.

Hailey memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya.

Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.

Berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, penyanyi lagu Peaches ini mahu mengambil masa sekarang untuk berehat sehingga keadaan pulih.

Justin

Isteri Justin pun pernah hampir diserang strok.

"Ini agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap ini tidak berlaku tetapi kelihatan badan saya memberitahu yang saya perlu perlahan aktiviti.

"Saya harap anda semua faham, dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan kembali kepada 100 peratus supaya boleh melakukan apa yang saya lakukan sejak lahir.

"Kita tidak tahu berapa lama masa yang akan berlaku tetapi ia akan baik-baik saja, saya mempunyai harapan dan saya percaya kepada Tuhan.

"Saya percaya itu semua ada sebabnya. Saya tidak pasti apa yang betul kini tetapi sementara itu saya akan berehat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain