MAJLIS perkahwinan penyanyi pop Britney Spears yang berlangsung Los Angeles, Amerika Syarikat dicemari dengan insiden pencerobohan oleh bekas suaminya Jason Alexander. Jason dilihat merakam dirinya sendiri yang hadir sebelum majlis berlangsung di kediaman Spears seperti yang dilaporkan TMZ. Dia kemudian ditahan polis Ventura County namun pihak berkuasa belum menetapkan sebarang kesalahan terhadap lelaki tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears alami keguguran, mohon privasi sepanjang tempoh sukar Alexander dan Spears berkahwin pada 2004 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 55 jam sahaja. Sementara itu Spears memilih jurulatih peribadinya Sam Asghari sebagai suami selepas mereka berjumpa ketika sama-sama terlibat dalam muzik video Slumber Party pada 2016. Mereka bertunang pada September tahun lalu dan Spears kemudian membuat pengumuman dirinya hamil pada November. Bagaimanapun penyanyi lagu Toxic ini mengalami keguguran pada Mei lalu. Ini merupakan perkahwinan ketiga Spears selepas berpisah dengan Alexander dan Kevin Federline dikahwini pada 2004 sebelum berpisah tiga tahun kemudian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI