PERNAH dikhabarkan bakal bercerai sekitar Mac lalu, pelakon sensasi Indonesia Nia Ramadhani akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut. Memetik laporan Liputan6, Nia meluahkan rasa syukur apabila hubungannya dengan suami iaitu Ardi Bakrie semakin erat selepas terlibat dengan kes dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Nia Ramadhani dikhabarkan bakal bercerai ARTIKEL BERKAITAN: 10 bulan masuk pusat pemulihan bukan musibah, Nia Ramadhani anggap satu hikmah besar Malah, dia juga membantu suaminya dalam menguruskan sebuah pertandingan seni mempertahanankan diri. "Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan. NIA RAMADHANI PELAKON "Malah, sekarang saya bantu Ardi menguruskan pertandingan One Pride MMA," katanya. Sekitar Mac lalu, rumah tangga Nia Ramadhani yang dibina bersama ahli perniagaan Ardi Bakrie selama lebih 10 tahun dikhabarkan sedang berantakan. Seperti dipetik KapanLagi, Nia didakwa bakal memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya biarpun kedua-dua mereka kini berada di pusat pemulihan akibat penyalahgunaan dadah. Dalam pada itu, suami Nia iaitu Ardi turut berasa bangga mempunyai seorang isteri yang bukan saja menyokong malah membantunya dalam menguruskan perniagaan. "Alhamdulillah, saya sebagai suami rasa senang mempunyai isteri yang sama-sama bekerja dalam bidang yang sama. Dia banyak membantu saya. Nia dan suami mempunyai tiga orang anak. "Ini sekaligus menyelar dakwaan gosip mengatakan hubungan rumah tangga kami retak," kata Ardi. Nia Ramadhani berkahwin dengan Ardie Bakrie pada 2010 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie. Pada Julai tahun lalu Nia ditahan bersama suaminya, Ardi Bakrie atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan dia dikehendaki menjalani proses rehabilitasi selama 10 bulan. Pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih ini selesai menjalani proses tersebut pada 29 Mac lalu dan kini sedia menjalani aktiviti seni seperti biasa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI