suria

Dijangka bakal pengganti Shah Rukh Khan, Kartik Aaryan tolak gelaran 'Raja Bollywood'

Kartik Aaryan dikatakan pengganti Shah Rukh Khan.

DIKATAKAN bakal menggantikan pelakon terkenal Shah Rukh Khan, aktor Kartik Aaryan mengakui dia masih belum bersedia untuk menerima gelaran ‘Raja Bollywood’.

Memetik laporan Hindustantimes, Kartik memberitahu perjalanan dalam karier seninya masih jauh dan tidak sesuai lagi untuk berada satu taraf dengan Shah Rukh Khan.

Bagaimanapun, pelakon yang kian menjadi gilaan ramai itu secara berseloroh berkata dia bersedia untuk mengambil gelaran sebagai ‘putera raja’.

"Saya tidak tahu tentang kepentingannya tetapi setiap kali saya mendapat gelaran ini (Raja), sudah tentu saya berasa baik pada mulanya. Saya rasa, saya tidak mahu menerima gelaran raja.

"Saya masih mempunyai perjalanan yang jauh, jadi masih awal untuk mengatakannya. Tapi Saya akan mengambil gelaran ‘putera raja’... saya bergurau," katanya.

Dalam pada itu, Kartik meluahkan rasa gembira dengan sokongan yang diterima semenjak kejayaan filem Sonu Ke Titu Ki Sweety, Pyaar Ka Punchnama dan terbaharu Bhool Bhulaiyaa 2.

"Saya rasa gembira dengan semua kasih sayang yang mula-mula datang selepas kejayaan Sonu Ke Titu Ki Sweety atau selepas Pyaar Ka Punchnama dan kini selepas Bhool Bhulaiyaa 2," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain