suria

Selepas 6 tahun tanggung derita, Johnny Depp mahu kembali fokus kerjaya

Depp akui terbeban selama enam tahun.

SELEPAS selesai perbicaraan saman fitnah bekas isteri, pelakon Johnny Depp kini mahu memberi fokus kepada dirinya sendiri serta merancang kerjaya dengan lebih baik.

Menurut sumber seperti yang dipetik dari People, pelakon Pirates of the Caribeans itu berkata dia menangung satu beban yang berat selama enam tahun berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama Amber Heard.

ARTIKEL BERKAITAN: Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard, dapat ganti rugi RM45 juta

"Dia tidak biasa hanya duduk diam tanpa bekerja. Kerjaya seni adalah hidupnya. Keputusan mahkamah sangat adil dan ia satu kemenangan buatnya.

"Dia berharap dapat fokus semula kerjayanya dan sedang merancang apa yang akan dilakukan di masa akan datang. Selama enam tahun dia merasakan satu beban dalam hidupnya," ujar sumber tersebut.

Pada Khamis lalu, juri di sebuah mahkamah di Faifax, Virginia mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.

Juri memutuskan Amber membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu.

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Johnny Depp, Amber Heard

Artikel Lain